 |
Sep 2, 2007
Assalammualaikum wbt...
Sekali lagi nina nak pohon kemaafan banyak-banyak pada teman-teman semua.
Mungkin e-novel "Kenangan Terindah" ini nina kena stopkan untuk sementara waktu atau lebih tepat mungkin tak ada sambungan lagi lepas ni...
Entah kenapa sejak akhir-akhir ini nina rasakan terlalu sukar untuk mencoretkan bait-bait ayat buat e-novel ni. Setiap kali bila nina mula memerah idea, nina rasakan stress sangat.
Akhir-akhir ini terasa banyak sangat masalah yang nina alami. Masalah di ofis, masalah sendiri dan macam-macam lagilah. Nina betul-betul rasa tak dapat nak meneruskan e-novel ini.
Mungkin suatu hari, tapi entah bila, insyaallah nina akan sambung lagi. Banyak kenangan manis dan pahit yang nina simpan sepanjang nina bersama e-novel ini. E-novel ini adalah percubaan pertama untuk nina menguji sejauh mana kemampuan nina dalam bidang penulisan ini.
Sungguh nina akui bukan mudah untuk nina mencoretkan kisah suka dan duka ini. Terlalu banyak dugaan & rintangan yang kadang-kadang memang mematahkan semangat nina untuk meneruskan karya yang tak seberapa ini.
Akhir kata buat semua teman-teman yang sering kali tak jemu-jemu berkunjung di blog ini, nina ucapakan jutaan terima kasih dan nina amat-amat hargai segala sokongan dari teman-teman semua. Tanpa sokongan dan segala komen-komen teman semua nina tak akan dapat meneruskan kisah terindah ini.
Ampun dan Maaf sekali lagi dari nina untuk teman-teman semua. Doakan yang terbaik buat nina dalam mengharungi segala dugaan dariNYA.
Wassalam
02 september 2007
20:02 pm
Posted at 09:38 pm by Kenangan
Permalink
Aug 2, 2007
"Cik...nanti dulu" Aina terjerit ketika pintu bilik Najiha dibuka tiba-tiba. Perempuan yang merempuh masuk pejabat Najiha berdiri berpeluk tubuh dihadapan meja Najiha. Matanya tajam merenung ke arah Najiha.
Najiha angkat kening pada Aina.
"Maaf Cik Najiha, saya tak sempat nak tahan cik ni." Aina menjeling ke arah perempuan yang mengenakan mini skirt dan baju tanpa lengan itu.
"Tak apa Aina, you boleh keluar dulu" balas Najiha sambil menutup fail diatas mejanya.
"Jemput duduk dulu cik. Cik nak minum apa-apa? Boleh saya suruh pembantu saya sediakan"
"Aku datang sini bukan nak duduk atau nak minum" keras bunyi suara perempuan yang masih lagi berdiri itu. Najiha telan air liur. Masalah apa pulak kali ni.
Satu sampul surat besar dilemparkan oleh perempuan itu, tepat jatuh di hadapan Najiha. Terkebil-kebil Najiha. Erk! Main kasar nampaknya ni. Nasib baik tak kena batang hidung aku.
"Kau cuba tengok dalam tu" arah perempuan itu lagi.
Perlahan-lahan tangan Najiha membuka sampul surat dan mengeluarkan segala isi kandungannya. Sesekali matanya dikerling ke arah perempuan yang sedang berdiri memeluk tubuh itu.
Ternganga mulutnya apabila terlihat berkeping-keping gambar dia dan Iskandar. Gambar ketika mereka makan tengahari 3 minggu yang lepas. Najiha menghela nafas dalam. Bibir diketap kuat.
Apa kaitan perempuan ni dengan Iskandar? Mungkinkah? Belum sempat Najiha berteka-teki dengan hatinya, perempuan itu bersuara..
"Apa hubungan kau dengan lelaki dalam gambar tu?"
"Iskandar?"
"Iskandarlah, siapa lagi" Perempuan itu mendengus geram.
"I dengan Iskandar..kami berkawan sejak dulu lagi."
"Kawan apa macam tu, siap pegang-pegang tangan lagi"
"You ni siapa sebenarnya? Apa hak you nak tahu apa hubungan Iskandar dengan I?"
"Hey! Perempuan..kau dengar sini ya! Aku datang sini nak beri amaran dekat kau" jari ditundingkan ke muka Najiha.
"Kau, jangan sekali-kali cuba dekati Iskandar. Iskandar milik aku" tegas perempuan itu sambil bercekak pinggang.
"You ni siapa sebenarnya? Datang sini tanpa diundang, lepas tu sedap-sedap rasa bagi amaran dekat I, you ingat I ni apa, tak ada maruah ke?"
"Baguslah kalau kau tahu yang kau tu masih ada maruah lagi. Kalau kau rasa kau nak pertahankan maruah kau itu, baik kau ikut cakap aku"
"Untuk pengetahuan kau, Cik Najiha Umaira, aku tunang kepada lelaki dalam gambar tu, Iskandar. Kau faham!!!" jerit perempuan itu.
Najiha tergamam. Terkebil-kebil matanya memandang antara gambar Iskandar dan perempuan yang masih tegak berdiri itu. Air liur ditelan pahit. Tak sangka status kita sama Is.
"Apa yang kau pandang-pandang? Kau tak percaya? Kau ni memang tak tahu malu, dulu lagi aku dah beri kau amaran, tapi kau masih jugak tak serik-serik."
Dulu? Bila masa aku jumpa dia ni?
"Aku datang dengan mak Iskandar jumpa kau, kau dah lupa ke?"
Oh! Perempuan ni ke yang datang jumpa aku dulu? Mak oiii..jauh berbeza. Patutlah aku tak perasan, 100% berubah. Dulu bukan main sopan lagi.
"Oh! You ni Salinakan?"
"Baguslah kalau kau dah kenal siapa aku" Salina senyum menyindir.
"Ingat amaran aku ni, Najiha!! Kalau tak kau akan menyesal nanti" ugut Salina lagi sebelum keluar dari bilik Najiha. Pintu dihempas kuat.
Bibir diketap kuat menahan pelbagai rasa yang sedang berkecamuk dalam hati dan kepalanya.
Telah ternoktah jalinan hubungan kita Is. Kita sama-sama akan dimiliki atau lebih tepat telah pun dimiliki.
Najiha hela nafas dalam-dalam, cuba membuang rasa sebak yang tiba-tiba bertandang. Semoga kau berbahagia Is, aku akan sentiasa doakan kebahagian kau.
Gambar-gambar yang bersepah di atas mejanya dikemaskan. Dia merenung kembali gambar Iskandar yang sedang menggengam tangannya. Disebabkan pertemuan inilah dia dan Aliff juga 'berperang besar'. Rupa-rupanya Aliff pun berada di restoran yang sama ketika dia dan Iskandar menjamu selera hari itu.
"Maira, kita lunch sama hari ni? Abang jemput Maira dekat ofis"
"Saya busylah, kerja banyak sangat ni"
"Busy? Kalau abang ajak, memanjang busy ajelah, tak pernahnya tak busy"
"Eh!Betullah saya tengah busy ni, awak ingat saya main-main ke?"
"Keluar dengan orang lain tak busy pulak?"
Lama Najiha terdiam. Air liur ditelan berkali-kali.
"Awak jangan nak main tuduh-tuduh eh! Berdosa!"
"Berdosa ya! Tapikan abang rasa, lagi berdosa kalau dah jadi tunangan orang tapi keluar dengan orang lain. Lepas tu berpegang-pegangan tangan"
Mak aii!! Sahlah aku dah kantoi! Dia pasang spy intip aku ke? Matilah aku, apa yang aku nak jawab ni...
Najiha rasa kepalanya seperti dihempap kayu balak. Nasib baik dia bercakap dalam telefon bukannya berdepan, kalau tidak mahunya Aliff nampak muka dia yang pucat mengalahkan mayat ni. Bibir digigit kuat.
"Kenapa diam?" soal Aliff.
"Awak jangan nak menuduh kalau tak ada bukti"
Belasah ajelah. Alang-alang bergaduh biar betul-betul bergaduh. Manalah tahu kot-kot aku menang pulak walaupun memang ternyata aku bersalah.
"Abang tak perlukan bukti, ianya berlaku depan mata abang sendiri, mata abang belum rabun lagi sayang"
Erk! Biar betul.
"Er..er..er..awak..awak" tergagap-gagap Najiha, cuba mencari ayat yang paling sesuai untuk membela diri. Berkali-kali keningnya dipicit.
"Ya! Abang ada dekat sana, dekat Restoran Seri Melayu. Abang dah lihat semuanya. Puas hati?"
Najiha tepuk dahi berkali-kali. Beristighfar dalam hati.
"Tak sakit ke kepala tu?"
Erk! Macam tahu-tahu aje apa yang aku buat. Mesti dia dengar.
"Pukul 12.30 nanti abang tunggu Maira dekat lobby. Kalau Maira tak turun, tahulah apa yang abang nak buat dengan Maira" talian terus dimatikan tanpa sempat Najiha bersuara.
Aduhaiiii hari paling malang dalam hidup aku, nasib baik dia tak bukak cerita pasal dinner aku dengan Hakim, kalau tak mahu seminggu aku koma.
Dan rupa-rupanya cerita itu tidak berakhir di telefon pagi itu. Kisah selanjutnya berlangsung penuh dengan suasana tegang. Ingatkan selamatlah dia dengan kisah Hakim, rupa-rupanya kisah dinner itu pun terbongkar sama.
Lalu tengahari itu perut Najiha kenyang dengan segala macam sesi soal jawab dengan Aliff. Menyesal sungguh dia terima pelawaan Aliff, bukan terima sebenarnya tetapi terpaksa menerima, kira-kiranya macam paksa-rela.
Huarggg!!!! Benci!!!!...
*** Nina nak minta maaf sebab semalam tak dapat nak post n3. Nina x sihat, migrain. Lepas ni Nina akan post n3 dua minggu sekali, Nina betul2 minta ampun...Nina tak cukup masa...
Posted at 12:23 pm by Kenangan
Permalink
Jul 25, 2007
"Mak Su, Abang nak dukung" rengek Lufti sambil menarik hujung baju Najiha.
"Hah!Nak dukung? Mana Mak Su larat sayang" Najiha menundukkan sedikit badannya memerhatikan Lufti. Perlahan-lahan rambut Lufti diusap.
"Abang nak jugak, abang penat Mak Su, abang mengantuk"
"Ya!Allah budak bertuah ni"
"Tak apa, biar abang yang dukung. Dia penatlah agaknya tu, mata pun dah merah nak tidur tu" Aliff mencelah menawarkan diri.
"Tak apa ke? Susahkan awak je" Aliff menggeleng dan tersenyum. Tangan dihulurkan ke arah Lufti.
"Jom, Pak Su dukung ya! Kesian anak buah Pak Su ni" Aliff mencium kedua belah pipi Lufti. Najiha sudah menggeleng kepala.
"Abang sayang sangat dengan Pak Su. Thank you Pak Su" satu ciuman dihadiahkan ke pipi Aliff. Aliff ketawa.
Manjakanlah sangat si Lufti tu, kejap lagi dia pijak kepala tu padan dengan muka tapi nasib baik jugalah dia ada kalau tidak mahunya menangis aku kat sini dengan perangai si Lufti ni.
Najiha terpaksa membawa Lufti pulang sekali. Lukman tidak pulang kerana menemankan Maizura di hospital dan Azman pula beralasan hendak berjumpa kawan.
"Jiha balik dengan Angah sekalilah eh!"
"Eh!Baliklah dengan Aliff, Angah ada hal ni nak jumpa kawan"
"Eeiii...Angah ni, sengajalah tu. Angah hantarlah Jiha balik dulu, lepas tu kalau Angah nak keluar, keluarlah"
"Amboi!Sedapnya dia punya arahan. Mana nak sempat, Angah janji dengan kawan pukul 9"
"Alasan...kawan konon, kawan ke awek?"
"Eh!Suka hati Angahlah. Liff, kau tolong hantar bakal bini kau ni balik."
Aliff hanya menganggukkan kepala. Malas dia hendak masuk campur dalam 'perbalahan' antara Najiha dan Azman.
"Maira nak makan dulu ke sebelum balik, kita singgah mana-mana dulu ya!" terbang segala ingatannya ketika berada di wad tadi.
"Tak apalah, nanti saya makan kat rumah, kesian pulak dengan Mak Teh, penat-penat dia masak tapi tak ada orang yang nak makan"
"Betul ni? Nanti lapar pulak"
"Tak apa" Aliff angkat bahu.
Tapi tiba-tiba...
"Mak Su....Abang nak pergi Mc Donald. Abang laparlah"
Dia buat dah. Tadi kata penatlah, mengantuklah. Sajalah tu nak mendera orang. Tiba-tiba pulak jadi lapar. Macam faham-faham je cakap aku dengan 'Pak Su' dia ni. Najiha merungut dalam hati. Bibir diketap kuat. Mak Su nak balik cepat sayang Lufti, muka Mak Su ni rasanya masih kembang lagi, malu dek kerana terlepas laku dan cakap tadi
Fuhh!! Sayangnya aku dengan budak ni, jadi 'hero' Aliff senyum dalam hati.
"Mc Donald dah tutuplah sayang, esok pagi-pagi kita ajak Pak Ngah pergi beli eh!" pujuk Najiha.
"Mak Su tipu, hari tu Abang pergi dengan papa dengan mama, malam-malam tak tutup pun, tak baik tipu tau, teacher Abang cakap, siapa suka tipu-tipu nanti Allah marah, lepas tu kena masuk neraka, seksa.." ucap Lufti panjang lebar.
Mak oiii...memang kena kepala aku sebijik. Hisy! Budak ni memang terlebih terlampau.
Aliff sudah ketawa. Najiha tidak senang duduk. Pipinya kembali bertukar warna, walaupun cahaya samar-samar tapi Najiha dapat merasakan yang Aliff dapat melihat kulit mukanya bertukar warna. Sekali lagi air liurnya ditelan.
"Sayang, macam mana? Tak takut ke nanti masuk neraka? Seksa tau." usik Aliff.
Lufti sudah berdiri dibelakang. Kedua-dua tangannya diletakkan di kerusi Najiha dan Aliff.
"Apa kata Pak Su ajelah yang bawa Abang pergi Mc Donald. Kita tinggalkan Mak Su kat sini" ujar Lufti.
"Abang tak sayang Mak Su ke? Kesian Mak Su tinggal kat tempat gelap ni, nanti Mak Su kena ambil dengan orang jahat macam mana? soal Aliff. Badannya sudah menghadap ke arah Najiha.
"Habis tu, Mak Su tipu Abang.."
"Abang tak sayang Mak Su? sekali lagi Aliff menyoal. Najiha hanya mendiamkan diri.
"Sayang..Abang pun sayang Pak Su. Pak Su baik." puji si Lufti. Aliff tersengih.
"Pak Su sayang Abang tak?"
"Mestilah Pak Su sayang" satu ciuman hinggap di pipi Aliff. Aliff ketawa, bahagia dengan situasi sekarang. Cepat betul Lufti mesra dengannya.
"Pak Su sayang Mak Su tak?"
"Abang..." keras nada suara Najiha.
"Maira..."
"Awak suka sangat melayan dia. Tengok, cakap pun dah bukan-bukan"
"Budak-budak macam tulah. Mana dia sedar apa yang dia cakap tu"
"Pak Su...cepatlah jawab"
"Ya sayang...Pak Su sayang sangat dengan Mak Su"
"Pak Su tak nak kiss Mak Su? Papa selalu kiss mama kalau papa kata papa sayang mama"
"Abang....nanti Mak Su cubit. Biasa sangat mulut tu"
"Maira..."
"Mak Su sayang Pak Su tak?"
"Abang nak pergi Mc Donald tak? Kalau abang nak pergi duduk kat belakang tu diam-diam." ugut Najiha dengan geram. Makin lama dibiarkan bercakap banyak lagi benda yang merapu-rapu keluar nanti.
"Mak Su sayang Pak Su tak? soal Aliff perlahan tapi cukup untuk didengari oleh Najiha. Aliff masih lagi menghadap Najiha. Lufti sudah menyandarkan badannya kembali di kerusi belakang. Mungkin takut dengan 'ugutan' Mak Sunya.
"Maira, sayang abang tak?"
Dia pulak yang buat hal, pening kepala aku dengan dua orang lelaki ni. Najiha ketap bibir kuat.
"Awak, cepatlah...nanti tidur pulak si Lufti tu, tak pasal-pasal kempunan dia nak makan Mc Donald." balas Najiha dan terus menarik tali pinggang keledar.
Aliff hela nafas perlahan, kening diangkat. Dia tahu walau seribu kali pun dia mengulangi soalan yang sama, Najiha tidak akan memberikan jawapannya. Badan dihala ke hadapan semula. Enjin dihidupkan.
* * * * * * * * *
"Maira nak makan apa?"
"Saya tak nak. Belikan untuk Lufti ajelah, balik nanti saya makan nasi."
"Dah lambat ni sayang, nanti perut masuk angin, makanlah apa-apa dulu"
Najiha geleng kepala. Aliff mendengus dan terus berlalu pergi. Lufti sudah berlari ke arah playground yang tersedia. Agaknya si Lufti ni nak bermain je lebih, bukannya dia lapar pun. rungut Najiha dalam hati.
"Nah! Makan nugget ni." Aliff menyorongkan bekas nugget di depan Najiha.
"Kan tadi saya kata tak nak, yang awak beli jugak buat apa? Membazir je.."
"Makanlah sikit, buat alas perut. Air ni untuk Maira" Gelas yang berisi milo diletakkan dihadapan Najiha.
Apa ke hal aku minum Milo pulak ni. Aku dah cakap tadi aku nak minum Pepsi. Si Lufti tu ya lah minum Milo. Dia ni salah order ke apa. Gelas Milo didepannya direnung tajam.
"Kan saya kata tadi nak Pepsi, yang awak pergi order Milo ni apa pasal?" Najiha renung muka Aliff. Aliff angkat kening.
"Tak makan apa-apa nak minum Pepsi. Nanti tak pasal-pasal gastrik. Dah pukul 10 ni. Abang suruh makan tak nak, lepas tu nak minum Pepsi. Degil!!" bebel Aliff sambil menyuapkan kentang putar ke mulut Lufti.
Najiha tarik muka masam. Macam mak nenek. pot pet pot pet.
"Hai, kalau tak silap I ni Najiha Umira kan?" sapa satu suara didepannya. Najiha mengangkat muka. Kening diangkat.
"Ya! Saya Najiha Umaira" salam disambut.
"Kau tak kenal aku ke Jiha?" Gadis yang berdiri didepannya sudah menarik kerusi yang berhampiran.
"Siapa eh! Rasa-rasa macam kenal tapi tak ingat nama"
"Akulah...Nurlisa...classmate kau masa form five.."
"Nurlisa? Lisa...Lisa..ooo Lisa yang selalu kacau Cikgu Hanif tu ya" Najiha sudah tersenyum. Memori yang hampir 7 tahun berlalu terbayang diruang mata.
"Tak sangka jumpa kau kat sini. Anak kau pun dah besarlah, bila kau kahwin tak jemput aku pun, aku ingatkan kau kahwin dengan si Iskandar. Ialah dulu punyalah hangat kau bercinta." panjang lebar 'pertanyaan' dan 'penerangan' dari Nurlisa.
Najiha terpinga-pinga. Nasib baik tak tersembur Milo aku ni Lisa, mulut kau tu memang dari dulu banyak betul kau insurankan. Ikut suka hati kepala kau je pikir apa yang kau nak cakapkan. Sesedap hati je sebut nama Iskandar depan mamat sorang ni.
"Weii...ini bukan anak akulah, ini anak buah aku. Aku pun belum kahwin lagi, apalah kau ni, suka hati kau aje"
"Laa...ia ke? Sorry lah aku ingatkan ini laki dan anak kau. Itu yang aku pelik, takkan kau nak kahwin dengan orang lainkan. Iskandar kat mana sekarang ni?" soal Nurlisa tanpa rasa bersalah.
Ya!Allah sabar jelah aku. Eeiii..minah sorang ni betul-betul mulut macam murai. Rasa nak tampar-tampar aje mulut dia yang makin laser tu.. Najiha telan air liur. Entah apa yang hendak dibalas 'peluru berpandu' Nurlisa tu pun dia tak tahu. Najiha hanya tersengih.
"Eh! Oklah Jiha, laki aku dah panggil tu hah. Nak balik ni. Ni nombor aku, kalau kau jadi kahwin dengan Iskandar jangan lupa call aku eh!" kad bertukar tangan. Mereka bersalaman.
Najiha menghela nafas perlahan. Lega. Selamat aku. Nasib baik dia cepat blah kalau tak macam-macam dikoreknya. Mata dihalakan kearah Aliff disebelah. Berderau darah Najiha. Aliff tengah merenungnya dengan muka yang serius. Lufti telah kembali ke 'dunia' mainannya.
"Classmate saya dulu. Mulut dia memang macam tu. Tak ada insuran." Najiha senyum kelat.
Aliff angkat kening. "Menarik jugak cerita hangat dia tu eh? Tak nak cerita dekat abang ke apa yang hangat tu?" Najiha terkedu, bibir diketap kuat aku benci kau Lisa jerit Najiha dalam hati kuat.
"Dahlah habiskan air tu, dah pukul berapa ni, nanti risau pulak Mama dengan Papa"
Gelas yang berisi Milo diangkat. Terasa ringan. Eh! aku rasa aku baru minum sikit je tadi. Siapa pulak yang 'belasah' ni, takkan si Lufti kot.
"Abang minum sikit tadi, nak rasa."
Najiha berhenti menyedut air Milo. Erk! Dia minum?? Kongsi satu straw dengan aku? Suka-suka hati dia aje. Main 'belasah', bukan dia tak boleh minum si Luftinya air, saja lah tu..nak rasa konon, macamlah selama ni tak pernah rasa air Milo, nasib baik si Lisa tu tadi tak perasan, kalau tak entah spekulasi apa pulak yang dia buat.
Posted at 08:48 am by Kenangan
Permalink
Jul 18, 2007
Najiha begitu leka meriba si kecil. Tidak berkelip matanya memandang indahnya anugerah ciptaan Tuhan kepada hambanya. Sesekali dia tersenyum bila si kecil mengeliat perlahan tatkala pipi dan dagunya diusap-usap. Tiba-tiba semacam ada suatu perasaan yang menyentuh pintu hatinya. Perasaan yang sukar untuk digambarkan.
Comelnya...tak sabar pulak rasanya nak dapat anak sendiri. Beruntung Kak Long dan Abang Long, derang dah dapat sepasang anak. Lelaki dan perempuan. Harap-harap nanti aku pun macam dia, mesti bahagia hidup kami..Kami?? Aku dan Pak Su si Lufti tu? Aduhai...bahagia ke nanti hidup kami? Belum disatukan ni pun dan macam-macam perkara terjadi, tak pernah tak 'berperang' setiap kali berjumpa. Huh! Ada sahaja benda yang nak dijadikan bahan perang, bosannya aku.
Tiba-tiba pintu ditolak dari luar. Berterbangan segala angan-angan yang entah bila akan terkesampaian. Najiha hela nafas perlahan. Aliff dan Lufti.
"Amboi! Bertuah sungguh anak mama, siap berdukung dengan Pak Su. Abang! Kenapa tak jalan sendiri? Mengada-ada ya?" terjerit Maizura bila melihat Lufti ketawa ceria dalam dukungan Aliff. Lokman di sisi katil sudah menggeleng kepala.
"Biarlah Kak Long...budak-budak, Liff yang nak dukung dia tadi, bukan dia minta pun" jawab Aliff sambil menurunkan Lufti dari dukungan.
Sakitnya telinga aku ni, tiba-tiba panggil kakak aku kak long. Perasan. omel Najiha dalam hati.
"Beli apa lagi ni? Dah berlambak mainan dekat rumah tu Abang! Liff manjakan dia sangat, nanti makin mengada-ada dia ni." Maizura menjegilkan matanya ke arah Lufti. Aliff hanya ketawa melihat gelagat Maizura dan Lufti.
"Dahlah yang, kan mama dan pesan tadi, jangan menjerit macam tu, nanti jadi apa-apa kan susah. Tak apalah kita bagi dia chance sikit." pujuk Lokman, risau hatinya memandang tingkah laku Maizura.
Najiha yang duduk di sofa dihampiri.
"Mama dengan Papa mana? Dia orang dah balik ke? soal Aliff sambil melabuhkan punggung disebelah Najiha.
Mama dan Papa? Amboi! Sesedap rasa dan jiwa aje dia panggil macam tu.
"Pergi dinner rumah Uncle Hariz" jawab Najiha perlahan. Aliff hanya menganggukkan kepala. Jari kanannya sudah mendarat di pipi gebu di kecil.
"Maira.." lembut suara Aliff di telinga kanan Najiha. Rasa kering darah Najiha bila Aliff duduk semakin hampir dengannya. Tangan kiri Aliff sudah mendarat di bahu sofa.
Bibirnya diketap kuat. Gila ke apa dia ni. Dah gaya macam nak cium pipi aku je. Kang tak pasal-pasal kena sedas dua dengan Angah dan Kak Long. Aku juga yang merah pipi, dia bolehlah buat selamba bodoh. gerutu hati kecil Najiha.
"Maira.." sekali lagi suara Aliff kedengaran. Badan Najiha sudah mula berpeluh. Berkali-kali dia menelan air liur. Naik meremang bulu romanya.
"Awak nak apa? Janganlah buat hal kat sini. Masak saya kena usik nanti" Perlahan suara Najiha tapi kedengaran cukup keras.
"Bagilah Abang pegang baby ni, sekali je.." rayu Aliff lembut. Tangannya mengenggam lembut jari-jari comel si kecil. "Boleh ya?" tanya Aliff sekali lagi.
Najiha hanya mendiamkan diri. Di sudut kanan bilik Lufti tengah leka bermain dengan lori mainannya. Bising mulutnya bercerita dengan Azman.
"Sayang...boleh tak?" tersentak Najiha dengan pertanyaan dari Aliff yang tiba-tiba itu. Najiha ketap bibir, malas dia hendak berbalah dengan Aliff lagipun si kecil ni bukannya anak dia.
Badannya dialihkan berhadapan dengan Aliff. Aliff tersenyum gembira. Perlahan-lahan diangkatnya si kecil dari ribanya lalu diletakkan di atas tangan Aliff. Mengeliat si kecil dengan tindakan Najiha, mungkin tidak selesa bila tidurnya diganggu.
"Ya Allah! Comelnya dia...geram Abang tengok. Tengok ni mata dia, hidung dia, bibir dia semua nampak cute..." Satu ciuman hinggap di pipi si kecil. Teruja sungguh Aliff dengan si kecil. Najiha tersenyum memandang reaksi Aliff. Tak sangka ada jugak sifat-sifat penyayang dia. Buat seketika terasa bahagia dirinya berada disamping Aliff.
"Hidung dengan mata dia macam Kak Long, mulut macam mulut abang long" sambung Aliff sambil menyusap lembut pipi si kecil.
"Ia ke? Saya rasa hidung dia yang macam hidung abang long" balas Najiha sambil menarik hidung si kecil.
"Janganlah tarik hidung, kesian dia sayang"
"Saya geram.."
"Tak sabar abang nak ada anak sendiri"
"Saya pun sama" Tanpa sedar betah sahaja mulutnya menjawab. Aliff senyum meleret. Pandangan dialihkan kepada Najiha. Mereka saling bertatapan untuk seketika sebelum Najiha menyedari apa yang telah tercetus dari mulutnya tadi.
Opss...Najiha menekup mulut dengan tangan kiri. Aliff angkat kening.
"Betul ke ni sayang?" soal Aliff.
Aduhailah mulut, kenapalah kau lepas laku, malunya...apa yang aku nak jawab ni. Eiii...mulut rasa nak tampar je. Najiha menundukkan muka. Senyap.
"Sayang.." panggil Aliff hampir dicuping telinga Najiha.
"Hai..Kak Long, tahun depan nampaknya dapatlah Man sorang lagi anak buah, ada orang tu dah tak sabar-sabar nak beranak kecik" suara Azman tiba-tiba kedengaran.
"Betullah kata Pak Ngah tu kan Mya, tahun depan dapatlah Mya kawan baru" tambah Maizura pula.
Najiha telan air liur, walaupun dia suka kerana Azman dan Maizura jadi penyelamat keadaan tetapi terasa 'pedih' jugak cuping telinganya mendengar.
"Macam ni kita kena cakap dengan Mama dan Papa ni Kak Long, Man rasa lepas je Kak Long habis pantang, bolehlah kita buat kenduri dia orang berdua. Bolehlah Kak Long tumpangkan si Mya tu untuk aqiqah sekali." Azman menambah lagi.
Najiha ketap bibir. Aliff di sisi tersenyum mendengar.
"Bagus juga cadangan Man tu, mesti Mama dengan Papa setuju" balas Maizura lagi.
"Angah dengan Kak Long ni kenapa? Siapa yang nak kenduri ni? Mya tu siapa?" soal Najiha sedikit terjerit. Muncung mulutnya.
"Kura-kura dalam perahu pulak dia" Azman tersengih.
"Yang Pak Su tengah pangku tu nama dia Mya Zara binti Adam Lukman" ujar Maizura.
"Oh! Dah ada nama rupanya. Sedap nama yang Kak Long bagi tu" balas Aliff.
Huh! Fanatik Eja betullah Kak Long ni, sampaikan nama anak dia pun nak bagi nama watak lakonan Eja...Nasib kau lah Mya Zara....Najiha ketawa dalam hati.
Posted at 09:08 am by Kenangan
Permalink
Jul 11, 2007
"Angah memang teruklah.." Itulah ayat pertama yang terkeluar dari mulut Najiha ketika bersalaman dengan Azman semasa mereka berdua sampai di dalam wad yang menempatkan Maizura yang baru bersalin.
"Apa yang teruk?" soal Azman sambil mengangkat kening.
"Apasal suruh dia tu ambil Jiha?" Mata dialihkan pada Aliff yang sedang bersalaman dengan mama dan papa.
"Salah ke? Dia tu kan tunang Jiha. Apa salahnya dia ambil?"
"Lain kali kalau tak boleh ambil, bagi tau awal-awal, Jiha boleh naik teksi"
"Tengah krisis eh? Apa yang Aliff buat kat adik Angah ni?" Azman cuit hidung Najiha.
"Janganlah, orang tak suka" Najiha tepis tangan Azman. Azman ketawa.
"Kenapa dengan adik Angah ni? Apa yang Aliff tu dah buat?" Bahu Najiha diraih. Panjang muncung Najiha. Malas Najiha hendak menjawab soalan yang Azman soalkan. Matanya terarah pada Maizura yang sedang berbaring.
"Baby mana Kak Long?" Najiha menyoal sambil berlalu ke arah Maizura.
"Dekat nurseri. Abang Long pergi ambil"
"Lufti mana?"
"Ikut sekali Abang Long. Along tak larat tengok perangai dia, makin mengada-ada." keluh Maizura sambil membetulkan selimutnya.
"Budak-budak macam tu lah Zura. Nak-nak bila dah ada adik ni. Dia sengaja je nak minta perhatian lebih dari kita. Dia pun mungkin terasa kasih sayang dari mama dan papa dia akan berkurangan, tu sebablah dia buat perangai. Kamu dulu pun macam tu jugak" balas Datin Harlina. Maizura tersenyum.
"Mama dengan Papa pakai cantik-cantik ni nak pergi mana?" soal Najiha.
"Ada dinner dekat rumah Uncle Hariz."
"Dinner? Dah pukul berapa ni, mama tak pergi lagi?"
"Kejap lagilah, mama tak tengok lagi muka cucu mama yang baru ni."
Pintu bilik ditolak dari luar. Lokman masuk sambil menolak troli baby. Lufti dibelakangnya sedang menangis.
"Kenapa pulak ni Man...apa lagi yang dia nak ni?" Datin Harlina bertanya sambil mengusap-usap kepala Lufti.
"Buat perangai Ma...sibuk nak menolak troli ni, nanti tak pasal-pasal entah kemana perginya"
Lufti masih lagi menangis. Datuk Baharum mengambil alih tugas memujuk Lufti dari Datin Harlina.
"Eeeiiii...cutenya, Long. Geram lah Jiha tengok. Bagi Jiha pegang kejap" Najiha terus menerpa ke arah Maizura dan Lokman. Baby yang tidur nyenyak di dalam troli diangkat perlahan.
"Bangunlah sayang, buka mata ni, Mak Su nak tengok. Cutenya anak buah Mak Su ni." Kiri kanan pipi gebu milik si kecil dicium geram.
"Cutenya, geram kat pipi dia, bagi Abang pegang kejap" Tiba-tiba suara Aliff menerpa di telinganya.
Astagfirullaahalazim! Ya Allah! Nasib baik tak terlepas baby ni. Bila masa pulak dia ada kat sebelah aku ni, tadi bukan main rancak lagi bercerita dengan Angah.
"Awak tak payah peganglah, nanti tak pasal-pasal jatuh pulak baby ni" balas Najiha selamba. Badannya dialihkan ke sebelah kiri.
"Cik Najiha Umaira...cakap tu biar berlapis sikit ya! Ingat abang ni apa? Tak ada tokoh ke nak jadi papa yang mithali" soal Aliff geram sambil merenung mata Najiha. Aliff tukar posisi berdirinya ke sebelah kiri Najiha. Jarinya mengusap-usap lembut baby yang berada di tangan Najiha.
"Nantilah dulu, saya tak puas lagi nak pegang dia, awak ni kacau je lah" keras suara Najiha. Sekali lagi dia beralih ke sebelah kanan. Aliff ikut beralih ke sebelah kanan.
"Hello! Hello! Minta maaflah ya!! Bak sini baby tu balik. Kalau nak berebut-rebut baby tu baik lupakan aja. Mama dengan Papa dia masih elok dan sihat lagi kat sini" Suara Maizura menghentikan serta merta 'perang lidah' mereka berdua.
Semua mata bertumpu ke arah mereka berdua. Najiha telan air liur. Kelat. Pipinya sudah bertukar warna. Aliff ketawa perlahan.
"Yang korang berdua nak berebut-rebut ni apa kes? Kalau dah tak sabar sangat, kahwinlah cepat." selamba sahaja Maizura bersuara, tak padan dengan dirinya yang sedang sakit.
"Betullah Long, derang buat baby Along tu macam baby derang je. Boleh main tarik-tarik pulak." Azman yang dari tadi hanya memerhati menyampuk. Tolong memeriahkan suasana konon-kononnya. Najiha ketap bibir.
"Angah dengan Along ni melampau tau! Saje je nak kenakan Jiha. Ambil baliklah baby ni" Baby diletakkan kembali ke dalam troli. Masam muka Najiha. Aliff masih lagi setia berdiri disebelahnya.
"Merajuk pulak dah adik Along ni, boleh lah berkawan dengan si Lufti tu."
"Nasib kau lah Liff, adik aku yang sorang ni memang macam tu, mentang-mentanglah dia yang kecik, manja terlebih. Pandai-pandailah kau nak handle dia nanti, kalau dia degil-degil nanti, kau tarik je telinga dia" Azman makin seronok menambah 'rempah ratus'.
"Hisy, korang berdua ni, tak habis-habis nak mengusik Jiha. Kesian dia." Datin Harlina bersuara. Kalau dia tidak mencelah mahunya menangis Najiha di 'kerjakan' oleh Abang dan Kakaknya itu, muncungnya itu pun sudah panjang sedepa..
"Ala comelnya cucu nenek ni.." Datin Harlina mengambil baby dari Maizura. Pipi mulus baby itu dicium lembut.
"Nenek, Abang nak dukung baby" Lufti tarik hujung baju Datin Harlina. Dia merengek kecil.
"Tak bolehlah sayang, baby ni kecik lagi, lagi pun dia tengah tidur" Datin Harlina memujuk lembut.
"Abang nak jugak, nenek boleh dukung, abang pun bolehlah" Makin kuat tarikan Lufti pada baju Datin Harlina.
"Mulalah mengada-ada tu mama, geram betul Zura tengok. Dari tadi macam tu, merengek tak habis-habis, macam-macam yang dia buat" adu Maizura kepada Datin Harlina.
"Dahlah Zura, kamu tu jangan terjerit-jerit sangat. Kamu tu baru aje lepas bersalin, kang tak pasal-pasal bentan, biarkanlah dia. Mula-mula macam tu lah, nanti dah lama-lama senyaplah dia." ujar Datin Harlina. Baby yang masih nyenyak tidur diletakkan kembali ke dalam troli bersebelahan katil Maizura.
Lufti kembali menangis, makin lama makin kuat tangisannya. Maizura dah mula ketap gigi. Geram dengan perangai anak sulungnya itu.
"Jom sayang..uncle bawa pergi beli mainan nak tak? Aliff pegang tangan Lufti. Terhenti tangisan Lufti, terkebil-kebil matanya memandang Aliff.
"Hah! Pergi ikut Pak Su turun bawah beli mainan." Azman bersuara sambil kenyit mata pada Najiha. Najiha ketap gigi.
"A..a..bang nak beli lori besar" tersendu-sendu suara Lufti.
"Okey! Pak Su belikan lori paling besar, jom.." pujuk Aliff lagi.
Perasan! Pak Su konon. Menyampah aku. Belum apa-apa dah mengaku jadi Pak Su, boleh jalan lah... gumam Najiha dalam hati. Azman hanya memerhati dari jauh sambil tersenyum.
"Tu apasal mulut herot-herot tu? Tak baik mengumpat bakal suami sendiri. Berdosa hukumnya" Azman berkata serius. Najiha menjeling geram. Aliff sudah berlalu ke muka pintu dengan memimpin tangan Lufti.
"Abang...jangan minta yang bukan-bukan dengan Pak Su tu, nanti mama rotan. Jangan ikutkan sangat perangai dia tu Liff, makin mengada-ada nanti" beritahu Maizura. Datin Harlina hanya menggeleng. Aliff tersenyum.
Makin perasanlah mamat sorang ni. gumam Najiha dalam hati.
Posted at 08:57 am by Kenangan
Permalink
Jul 4, 2007
"Liff, kau jangan lupa ambil dia petang ni." suara temannya itu mengingatkannya.
"Ya! Aku tahu, kau janganlah risau, pukul berapa kau janji dengan dia? soal Aliff sambil mencapai fail yang terletak di bawah mejanya.
"Dia kata tadi dalam pukul 7.00 malam depan ofis dia" Aliff kerling sekilas ke arah jam tangannya. Baru pukul 6.00.
"Okey!Okey! Ditanggung beres" Fail di atas meja ditutup.
"Okey, aku serah dekat kau ya! Pandai-pandailah kau uruskan dia, jangan pulak kau lupa, tak pasal-pasal mengamuk dia nanti " Kedengaran gelak tawa temannya itu.
"Kau jangan risau, aku tahulah nak buat macam mana"
"Okeylah..assalammualaikum"
"Waalaikumsalam." Handphone diletakkan kembali di atas meja. Nafas dihela perlahan.
Hampir 2 minggu dia tidak berjumpa dengan Najiha. Kali terakhir mereka berjumpa hari Jumaat, itu pun setelah puas Aliff memujuk rayu barulah Najiha bersetuju, tetapi akhirnya mereka 'berperang besar' dalam kereta semasa Aliff menghantar Najiha pulang.
Entah sampai bila mereka hendak berdamai pun Aliff tidak tahu. Hati Najiha terlampau keras, susah sungguh dia hendak memujuk kembali. Sudah berbagai jenis dan warna bunga yang dihantar tanda memohon maaf, itu belum termasuk teddy bear dan juga coklat sebagai hadiah sampingan.
* * * * * * * * *
Semua fail-fail yang bersepah di atas meja ditutup satu persatu dan terus di simpan di dalam kabinet di belakang mejanya. Kelam kabut dia apabila menyedari jam sudah pun menunjukkan ke pukul 7.10 malam.
Mati lah aku, mesti Angah membebel kejap lagi. Macam manalah aku boleh terlupa. Kereta ni pun satu, masa-masa kecemasan ni lah nak meragam. Baru pakai 3 tahun dah macam-macam yang rosak.
Handbag di dalam laci dikeluarkan. Setelah memastikan semuanya telah siap disimpan, Najiha terus bangun menuju ke arah daun pintu. Suis lampu dibiliknya ditutup.
Sempat dia menjeling ke arah cermin yang berhampiran dengan lif, melihat penampilan diri.
Suasana malam sudah kelihatan, ketika dia turun di lobi bangunan ofisnya. Perlahan-lahan pintu utama ditolak. Pegawai keselamatan yang bertugas menghulurkan senyuman ke arahnya.
Puas sudah dia meninjau-ninjau ke kiri dan kanan melihat kereta angahnya. Mana pulak Angah ni, janji tadi pukul 7, aku lambat 10 minit pun dia tak sampai lagi? Sekali lagi jam tangannya dikerling. 7.20.
Najiha mengatur langkah ke arah perhentian bas di hadapan bangunan ofisnya. Baik aku tunggu depan ni, senang sikit angah nampak.
Bas baru saja berlalu menumpangkan ketiga-tiga orang yang berada di perhentian bas itu ketika Najiha sampai tadi. Kini tinggal dia keseorangan. Malam semakin menampakkan diri. Sayup-sayup kedengaran suara azan di masjid yang berhampiran. Najiha keresahan. Handphone di dalam bag dikeluarkan.
"Angah kat mana ni? Jiha dah tunggu lama ni, kenapa tak sampai-sampai lagi? Dah gelap ni Ngah, Jiha takutlah sorang-sorang" Matanya meliar ke kiri dan kanan.
"La, dia tak sampai lagi ke?"
"Hah! Siapa yang tak sampai lagi? Angah kat mana ni? Kan tadi janji nak jemput Jiha dekat ofis, Angah jangan buat lawak pulak malam-malam ni." Najiha mendengus.
"Okey!Okey! on the way ni, sabarlah sikit"
"Nak sabar apanya Ngah, dah dekat pukul 8 ni, gelaplah dekat sini."
* * * * * * * * *
"Wei, kau kat mana ni? Lupa ke?"
"Rileks lah brother, on the way lah ni?"
"Rileks kepala otak kau. Dah dekat 1 jam dia tunggu."
"Aku tahu, aku terlambat keluar ofis, jalan pulak jam giler ni, ada accident tadi, sorry lah brother"
"Banyak kau punya sorry."
"Habis, kau nak aku buat apa? Takkan nak suruh Harrier aku ni terbang kot"
"Okey!Okey! Cepat sikit beb! Kau cilok lah mana-mana yang patut."
"Wei, kereta aku ni baru keluar seminggu, kau nak suruh masuk workshop pulak ke?"
"Woooo...sayang lebih kat kereta tu dari dia ya. Aku report kat dia baru kau tahu"
"Janganlah macam tu bro, kat dia sayang aku lain, kat kereta ni sayang lain, kau janganlah samakan orang dengan benda"
"Wei, aku dah nak sampai ni, hah dah nampak pun kelibat dia"
"Okey! Pandai-pandai lah kau jawab dengan dia. Lepas tu terus bawa dia ke hospital. Mama dengan papa tunggu dekat sana."
"Yes Boss"
* * * * * * * *
Matanya terarah pada sebuah kereta Toyota Harrier berwarna hitam yang tiba-tiba berhenti betul-betul di hadapan perhentian bas itu. Hatinya sedikit cuak, fikirannya mula memikirkan perkara-perkara yang berkemungkinan akan berlaku. Matanya sempat menjeling ke arah kereta itu sebelum dia menundukkan kepala.
Ya!Allah Ya!Tuhanku. Selamatkanlah aku, jauhilah aku dari malapetaka. Tolonglah hambamu ini, Ya!Allah. doa Najiha dalam hati. Ni semua Angah punya pasal, entah berapa kali aku dah ingatkan, kalau rasa tak boleh nak jemput aku, cakap ajelah, bukan aku tak boleh ambil teksi. gerutu Najiha dalam hati.
"Angah....tolonglah cepat sikit, Jiha dah cukup ngeri ni."
"Apahal lagi ni?"
"Angah, ada harrier berhenti kat depan Jiha ni, dah lah warna hitam lepas tu cermin punyalah gelap. Jiha takutlah Ngah."
"Harrier? Ha..dah sampailah tu"
"Siapa yang dah sampai? Angah dah dekat mana ni? Lambat lagi ke? Dari tadi kata on the way, takkan tak sampai-sampai lagi"
"Angah tak dapat jemputlah Jiha, angah dah minta tolong kawan jemput. Harrier hitam tu dialah agaknya kot."
"Angah!!!! Lain kali kalau tak dapat, cuba cakap awal-awal senang Jiha ambil teksi je, tak adalah Jiha macam orang bodoh tunggu kat sini. Angah ni selalu buat Jiha macam ni, nanti Jiha cakap dengan mama, padan dengan muka.
"Amboi mulut tu, banyak cakap pulak."
"Siapa kawan angah tu, betul ke yang pakai harrier hitam ni, dari tadi tak turun-turun pun, tak kan Jiha nak terhegeh-hegeh naik kereta dia pulak, salah orang nanti buat malu je"
"Banyak songeh betullah adik angah ni. Pergi je lah naik"
"Jiha tak mahu, suruh dia keluar tunjukkan muka dulu. Nanti kalau salah orang naiya je Jiha.
"Baiklah Tuan Puteri, patik menurut perintah."
Suka-suka hati dia aje buat keputusan. Kalau aku tahu macam ni baik aku minta tolong si Hakim je hantar. Orang yang duduk dalam kereta tu pun satu, at least turunkanlah cermin tingkap tu, boleh aku nampak siapa dia, ni tidak macam kereta sindeket nak culik orang je.
Kedengaran pintu dibuka dari tempat pemandu. Keadaan yang sedikit gelap menyukarkan pandangan Najiha untuk melihat siapakah gerangan si pemilik harrier yang berwarna hitam itu.
"Assalammualaikum"
Najiha tersentak. Bibir diketap kuat. Angah memang nak cari pasal dengan aku. Dalam ramai-ramai umat manusia, kenapalah dia ni yang angah minta tolong. Eiii...Benci betullah.
"Awak???" Najiha jegilkan mata.
Aliff menganggukkan kepala."Ya, Abanglah, siapa lagi?" Aliff senyum segaris.
"Huh!"
"Kenapa? Tak percaya?" Aliff menyandarkan badannya ke kereta. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.
Najiha malas hendak menjawab, kepala ditundukkan. Aliff merenung lama ke arah Najiha.
"Sayang...you nak tunggu apa lagi? Nak tunggu abang angkat ke?" Aliff angkat kening sambil tersenyum.
Kalau berani buatlah, tak pasal-pasal makan tumit kasut aku ni. Nak berlawak tak bertempat. gumam Najiha dalam hati.
Aliff membukakan pintu kereta. "Dipersilakan tuan puteri". Dia menundukkan sedikit kepalanya.
Najiha berjalan sambil menahan tawa dalam hati. Boleh tahan lawak gak tunang aku ni, tapi buat masa ni aku tak hingin lagi nak gelak guling-guling dengan kau. Minta maaflah. Hati aku ni masih terasa sakitnya lagi.
"Maira nak terus ke hospital atau kita nak singgah masjid dulu." soal Aliff.
Najiha jeling jam tangan sekilas. 8.05 malam. "Kita solat dululah"
"Patik yang menjunjung perintah, tuan puteri"
Pandangan mata dialihkan keluar tingkap menahan tawa dalam hati. Hanya segaris senyuman diberikan.
Posted at 09:11 am by Kenangan
Permalink
Jun 27, 2007
Selesai menunaikan solat zuhur, Najiha kembali ke dalam biliknya, kerja-kerja yang terhenti tadi disambung semula.
Interkom di atas meja tiba-tiba berbunyi.
"Yes Aina"
"I ni, you baru balik ke?" suara Hakim kedengaran menyapa. Najiha tersenyum kelat.
"Ha'ah, dalam setengah jam tadi" balas Najiha.
Suasana sunyi seketika.
"Hakim, sorry ya pasal lunch tadi. Kawan I tu datang tak bagi tahu, tiba-tiba aje terpacul depan pintu. I tak boleh nak tolak pelawaan dia, kami dah lama tak jumpa" panjang lebar Najiha menjelaskan kepada Hakim.
Kedengaran Hakim mengeluh perlahan.
"Tak apa, I faham" balas Hakim perlahan.
"You marah I lagi ke?" tanya Najiha lagi.
"Buat apa I nak marah you. I ni bukan sesiapa dengan you pun" sedih bunyi suara Hakim.
"You kawan I, Hakim. I dah anggap you macam abang I sendiri. Dengan you I akan sentiasa gembira." pujuk Najiha.
"Thanks...sebab sudi anggap I macam abang you."
Suasana sekali lagi senyap. Jelas kedengaran hembusan nafas Hakim di corong telifon.
"Jiha" panggil Hakim.
"Yes" Gelas di atas meja dibawah ke mulut. Perlahan-lahan air putih diteguk. Cuaca yang agak panas kebelakangan ini menyebabkan Najiha cepat dahaga, walaupun ketika ini dia berada di dalam bilik berhawa dingin.
"Malam ni kita dinner sama?" pelawa Hakim tiba-tiba.
Hampir tersembur air yang sedang diteguknya. "Erk! Malam ni?" Najiha angkat kening sambil mencapai tisu dihujung mejanya.
"Please..." lirih saja bunyi suara Hakim seperti kanak-kanak yang sedang merayu inginkan sesuatu.
"Hmm...Okey."
Kesian pulak aku dengan mamat ni, kalau aku tolak lagi sure merajuk sakan silap-silap haribulan dia boleh lancarkan 'perang dingin' terhadap aku. Tak apalah kali ni aku mengalah, tak baik pulak rasanya menghampakan permintaan dia, lagi pun dah banyak kali aku tolak pelawaan dia.
"I jemput you dekat rumah dalam pukul 8.30 malam ya" suara Hakim kembali ceria. Najiha senyum segaris.
"Eh! Tak apa I drive sendiri, tak payahlah you susah-susah. Kita nak jumpa kat mana nanti?" balas Najiha.
"Please sayang...I jemput you okey.." sekali lagi Hakim merayu.
"Okey...suka hati youlah" Najiha menjawab malas. Hakim kalau dah mendesak susah nak jawab. Tak apalah aku bagi dia peluang, kan dia dah aku anggap macam abang aku...
"Thanks Jiha.." Talian dimatikan. Najiha menghela nafas lama.
* * * * * * * * *
Tepat pukul 8.30 malam, Hakim sampai di depan pintu rumah Najiha. Najiha sudah pun memberitahu Datin Harlina berkenaan jemputan Hakim itu. Boleh tahan juga Datin Harlina membebelkan dia tadi, macam-macam yang terkeluar dari mulut mamanya itu, dan pelbagai-bagai alasan juga yang diberikan untuk menyangggah segala prasangka mamanya.
Hakim berpakaian simple, berseluar jeans hitam dan bert-shirt polo hitam. Dah macam orang berkabung je nampaknya.
Najiha lebih selesa mengenakan skirt labuh berwarna hitam dan kemeja berlengan panjang putih dan digayakan dengan tudung putih bersulam hitam bunga-bunga ditepinya.
Hakim bersalaman dengan Datuk Baharum dan Datin Harlina. Mereka berbual seketika diruang tamu sebelum Hakim meminta diri untuk pergi setelah Najiha turun dari tingkat atas banglo mewah itu.
"Ingat pesan mama tadi, Jiha" Datin Harlina bersuara ketika Najiha bersalaman dengannya.
"Mama ni, Jiha tahulah, mama jangan risau ok. Jiha tahu jaga diri" jawab Najiha sambil mengenakan kasut dimuka pintu. Hakim sudah masuk ke dalam kereta lalu menghidupkan enjin.
"Apa yang mama you pesan tadi, I tengok macam susah je nak lepaskan you keluar dengan I?" tanya Hakim memecah kesunyian setelah 10 minit mereka di dalam kereta.
Najiha tersenyum. Inilah buat pertama kalinya dia keluar berdua dengan Hakim. Sebelum ini tak pernah sekali pun, walaupun berbagai cara pujukan Hakim padanya. Mungkin rasa bersalahnya siang tadi yang menyebabkan dia bersetuju dengan pelawaan Hakim pada malam ini.
Najiha hela nafas perlahan. "Mama suruh jaga diri baik-baik" ringkas jawapan Najiha pada Hakim. Terangkat kening Hakim mendengarnya. Macam tak percaya dengan aku je Mak Datin tu.
"Kenapa? Dia tak percaya dengan I ke? Dia ingat I nak bawa lari anak dara dia ni ya?" Hakim tersenyum. Najiha mencebik.
"Nak bawa lari tu tak adalah kot. Takkan you berani nak bawa lari I. You berani ke?" Najiha menduga Hakim.
"You cabar I ke?" balas Hakim.
Najiha telan air liur. Terkebil-kebil matanya memandang Hakim. Hakim pandang Najiha sekilas sambil mengangkatkan keningnya. Lama Najiha terdiam. Sebenarnya hatinya sedikit cuak dengan pandangan mata Hakim tadi.
"Sayang, you cabar I ke?" sekali lagi Hakim bertanya. Kereta berhenti di lampu isyarat merah. Hakim memandang ke arah Najiha disebelahnya. Meremang bulu roma Najiha mendengarkan suara Hakim yang perlahan itu.
"Errr...you tak akan buat I macam tu kan?" soal Najiha gugup. Mata Hakim direnung lama. Akhirnya Najiha tunduk. Tewas dia dengan pandangan Hakim yang redup itu.
"Kalau I buat juga? I bawa you lari ke Siam. Kita kahwin free dekat sana, nak tak? I offer dekat you ni. Lepas tu dari Siam kita pergilah honeymoon dekat Pulau Phuket, cantik tau pulau tu" Hakim menyembunyikan senyumannya apabila dilihatnya muka Najiha bertukar warna.
Gulp!! Gila ke apa Hakim ni, dah sampai nak honeymoon pulak. Jauh betul berangan. Matilah aku kalau dia sampai hati buat aku macam tu. Kalau mama tahu niat Hakim macam ni, sure dia tak akan benarkan aku keluar malam ni.
"Sayang, you setuju tak terima offer I ni?" Sekali lagi Hakim bertanya. Sengaja dilunakkan suaranya.
Kereta dihentikan di depan Restoran Sari Ratu. Najiha masih lagi membatukan diri ketika Hakim membukakan pintu untuk Najiha.
"Dahlah tu, kita dah sampai ni. I tak akan buat sekali-kali macam tu dengan you. Jom kita masuk." Hakim tarik tangan Najiha. Najiha hanya menurut.
Hakim menggelengkan kepala sebaik sahaja pelayan berlalu selepas mengambil pesanan mereka. Najiha masih lagi mendiamkan diri. Entah apa yang sedang bermain di kepalanya saat ini. Mungkin masih lagi memikirkan perihal yang Hakim utarakan di dalam kereta tadi.
"Cik Nur Najiha Umaira, you dekat mana sekarang ni?" Hakim memecahkan kesunyian, tersentak Najiha dengan pertanyaan Hakim. Segaris senyuman dihadiahkan buat Hakim.
"Dahlah tu, tak habis lagi ke fikirkan offer I tadi?" soal Hakim. Najiha menggeleng perlahan.
Najiha renung wajah Hakim. Mata mereka bertaut lama. Hakim angkat kening. Pelik dengan perlakuan Najiha.
"Kenapa renung I macam tu?" soal Hakim.
"You betul-betul serius ke, dengan apa yang you katakan pada I masa dalam kereta tadi?" Najiha menundukkan kepalanya, tewas dengan renungan Hakim yang cukup tajam.
Tak habis lagi rupanya cerita tadi. Tahu pun dia takut. Hakim gelak dalam hati.
"Kalau I kata yang I serius macam mana?" Najiha mencebik cuba menutup keresahan hatinya.
Pelayan datang menghantarkan makanan dan minuman. Terhenti perbualan mereka.
"Jom kita makan." pelawa Hakim sambil mengangkat sudu dan garpu.
"Hakim...you tak jawap lagi soalan I tadi, you serius ke?" tanya Najiha lagi. Kening dikerutkan.
"You tu yang tak jawab soalan I" balas Hakim selamba sambil menyuapkan sepotong ikan ke dalam mulutnya.
"Sampai ke hati you nak bawa I lari?" soal Najiha lagi.
"You nak ke ikut I lari?" soal Hakim pula.
Huh! Kalau macam ni, asyik dari tadi bersoal jawap sampai ke subuh pun tak akan habis. getus hati Najiha sambil menjeling ke arah Hakim.
"Hakim...you janganlah macam ni. I tanya you, you tanya I pulak, macam ni sampai bila nak habis?" Najiha menarik muka masam.
Hakim melambakkan tawanya. Terhinjut-hinjut bahunya. Geli hatinya bila melihat muka cemberut Najiha.
"Okey! Okey!" Hakim mengesat mulutnya dengan napkin yang disediakan di atas meja. "Najiha sayang...." Hakim capai gelas yang berisi fresh oren lalu dibawa ke mulutnya. Sengaja dia hendak mendera hati Najiha.
"I tak akan, dan tak ada niat dalam hati pun nak bawa lari you ke mana-mana. Walau macam mana sayang I pada you, I tak akan buat perkara yang akan memalukan keluarga kita.
Lagi pun I tahu, sekarang ni kan you tu tunangan orang. Takkan I nak bawa lari tunang orang pulak, berdosa tu.
Dahlah jangan fikir lagi. Benda tu tak akan berlaku. Mana boleh I buat adik I macam tu." Hakim kenyit mata.
Najiha tarik nafas lega.
Posted at 08:48 am by Kenangan
Permalink
Jun 20, 2007
Mereka memilih untuk menikmati hidangan tengahari di Restoran Seri Melayu yang terletak di Jalan Conlay. Suasana yang penuh kemelayuan, padanlah dengan nama yang diberikan. Kedatangan mereka disambut oleh gadis penyambut tetamu. Mereka dibawa ke arah meja untuk dua orang. Kebanyakan meja sudah pun dipenuhi.
Separuh daripada ruang restoran itu dipenuhi dengan pelancong-pelancong asing. Hmmm...boleh tahan ramai jugak tengahari ni.
Mereka menikmati hidangan buffet. Banyak sungguh lauk pauk yang terhidang. Ada ayam, ada ikan, ada daging dan juga sayur-sayuran tak termasuk lagi dengan ulam-ulaman. Rambang mata dibuatnya.
Najiha memilih untuk makan laksa penang, salah satu makanan kegemarannya. Iskandar pula lebih selesa dengan nasi campur.
"Maira tak berubah, sama macam enam tahun dulu, semakin cantik dan bertambah ayu." Iskandar bersuara setelah mereka selesai menikmati hidangan. Mungkin sekadar memecahkan kesunyian yang sedang melanda mereka berdua.
"Janganlah puji lebilh-lebih Is, segan Maira" balas Najiha sambil melemparkan senyuman.
"Is kata benda yang betul, sayang." redup renungan mata Iskandar memandang gadis dihadapannya. Najiha tidak jadi menyuapkan agar-agar ke dalam mulutnya, serasa tidak terbawa sudu yang dipegangnya ke mulut bila mendengar luahan kata-kata Iskandar terhadapnya. Segan pula rasa dirinya.
Erk! Sayang?? Aduhai..Ya! Allah..tenangkan hati hambamu ini. Kuatkan iman hambamu ini Ya! Allah. Doa Najiha dalam hati.
"Maira, Is ada soalan yang nak ditanya. Is nak minta penjelasan dari Maira. dan Is harap segala persoalan yang menyesakkan kepala Is ni akan Maira jawab dengan sejujur-jujurnya." ujar Iskandar tenang. Kain napkin di atas meja di bawa ke mulut.
"Insyaallah, kalau Maira boleh jawab, Maira akan jawab" Najiha menjawab perlahan. Degupan jantungnya sudah hilang tempo, Najiha dapat merasakan soalan yang akan ditanyakan oleh Iskandar adalah berkaitan dengan kisah mereka. Air kosong di atas meja diteguk perlahan-lahan bagi menghilangkan perasan gementarnya.
Iskandar menghela nafas lama. "Is nak tahu, kenapa dengan tiba-tiba Maira putuskan hubungan dengan Is? Maira senyap tiba-tiba, semua email-email dan poskad-poskad Is kenapa tiada balasan? Kenapa Maira? Apa salah yang dah Is lakukan pada Maira? Please sayang...kenapa buat Is macam ni? Kalau Is ada salah pada Maira, Is minta maaf, Is nak kita kekal macam dulu" panjang pertanyaan yang dilontarkan oleh Iskandar pada Najiha.
Najiha tertunduk lama. Entah jawapan apa yang hendak diberikan kepada Iskandar pun dia tak pasti. Sukar untuk dia memikirkan jawapan terbaik untuk setiap persoalan yang diutarakan oleh Iskandar. Kalau boleh tika dan saat ini dia mahu bangun dan terus meninggalkan Iskandar dengan seribu persoalannya tapi adalah tidak manis dia berbuat demikian. Iskandar memerlukan penjelasan kepada setiap persoalannya.
Arggg!!! Apa yang aku nak jawab ni. Is, kalau Is tahu apa status diri Maira sekarang mesti soalan-soalan itu tak akan Is tanya. Kata-kata itu tak berjaya dilemparkan kepada Iskandar. Buat sementara waktu biarlah ianya menjadi rahsia. Sampai masanya nanti, pasti Iskandar akan tahu juga, tapi kalau boleh janganlah dari mulutnya, tak sanggup rasanya dia nak melihat kekecewaan Iskandar nanti.
"Sayang...tolonglah, janganlah senyap macam ni aje." Iskandar sentuh tangan Najiha. Najiha kaku namun dia hanya membiarkan Iskandar mengusap lembut tangannya.
"Is, Maira tak ada jawapan untuk soalan-soalan Is tu. Bukankah telah Maira katakan dulu, jangan ditanya mengapa dan kenapa ini semua berlaku. Percayalah pada takdir Tuhan Is." perlahan-lahan Najiha menarik tangannya dari genggaman Iskandar. Ada air jernih yang mula berkumpul di juring matanya.
"Setiap apa yang berlaku mesti ada sebab dan penyebabnya Maira. Is pasti yang Maira ada menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Is. Tolong Is, Maira, jangan buat Is macam orang yang tak ada perasaan." Iskandar merayu lagi.
"Kalau betul Is sayangkan Maira, tolonglah, Maira rayu dengan Is, jangan ditanya lagi soalan ini." Sepasang mata bundar Najiha redup memandang ke arah Iskandar, mengharapkan seribu pengertian.
"Memang Is sayangkan Maira, Is sayang sangat, dari dulu sampailah ke saat ini, tapi kenapa?" Iskandar masih tidak berputus asa.
"Maira tak ada jawapannya Is. Cuma Maira nak Is terima segala ketentuanNYA. Kita hanya merancang, DIA yang menentukan segala-galanya" setitis airmata Najiha jatuh. Pedih hatinya menuturkan kata-kata itu. Iskandar mengeluh perlahan.
"Is akan cari jawapannya Maira, Is akan cari sampai Is tahu mengapa Maira berubah macam ni sekali. Maira dah lupa janji-janji kita dulu" Iskandar masih lagi cuba memujuk. Sekali lagi tangan Najiha digenggam.
"Carilah jawapannya Is, Maira tak menghalang tapi jawapan itu Is tak akan dapat dari mulut Maira sendiri. Ini janji Maira, Is. Maira kena tunaikannya." Semakin laju titisan airmata Najiha menuruni pipi putihnya. Iskandar menghulurkan saputangan yang dikeluarkan dari kocek seluarnya.
"Macam mana dengan janji Maira pada Is? Janji kita berdua?" Iskandar berdengus, genggaman ditangan Najiha semakin kuat, mungkin tahap kesabarannya sudah semakin menipis. Najiha berusaha melepaskan genggaman tangan Iskandar. Semakin kuat jari-jari Najiha digenggam.
"Is, sakitlah." Najiha masih berusaha melepaskan jari-jarinya.
"Hati Is lagi sakit Maira" mencerun pandangan Iskandar pada Najiha. Iskandar seperti hilang pertimbangan.
"Please Is, lepaskan tangan Maira, sakitlah" Najiha menyentak kasar tangannya.
Rentapan kasar Najiha menyedarkan kembali Iskandar. Astagfirullahalazim, apa yang aku buat ni... Iskandar meraup wajahnya dengan kedua belah tangannya. Najiha direnung lama dengan perasaan bersalah. Dilihatnya gadis itu sedang mengesat airmata. Seribu penyesalan dirasakan dalam dadanya kala ini.
"Is minta maaf, Is yang salah, Is tak boleh kawal diri" Iskandar berkata lirih. Najiha hanya menundukkan wajah. Dahlah yang kiri ni masih sakit dan berbalut dia nak tambah lagi satu kesakitan pulak dekat aku.
"Sayang...sorry okay. Is tak patut buat Maira macam tu" Iskandar merayu. Najiha hanya mendiamkan diri.
"Maira nak balik. Tolong hantar Maira balik sekarang" Najiha sudah siap sedia hendak bangun tapi sekali lagi Iskandar cuba memegang tangannya. Cepat-cepat Najiha menarik tangannya ke belakang.
"Sayang...janganlah macam ni, Is betul-betul minta maaf, forgive me please..."
"Maira maafkan Is, tapi sekarang tolonglah hantar Maira balik" redup pandangan Najiha pada Iskandar.
"Okey, kita balik ya, nanti Is settlekan bil dulu" Iskandar tersenyum. Pelayan dipanggil.
Mereka beriringan keluar setelah Iskandar membuat pembayaran. Suasana di dalam Restoran Seri Melayu sedikit lengang, mungkin orang yang ramai tadi sudah beransur pulang ke pejabat semula.
Najiha menjeling ke arah jam tangannya. 2.30 petang. Patutlah pun dah tak ramai orang, tinggal mat saleh - mat saleh aje, yang lain dah balik ke ofis agaknya.
"Sakit ke jari Maira yang Is genggam tadi?" Tiba-tiba Iskandar bertanya sambil menarik tangannya. Perlahan-lahan jari-jari itu diusap.
"Eh! Dah tak sakit dah" Cepat-cepat Najiha menarik tangannya kembali. Sebuah senyuman dilemparkan ke arah Iskandar.
"Sorry sekali lagi ek" ujar Iskandar.
"Tak apa, tapi kalau buat lagi next time, no sorry for you" serius bunyi suara Najiha.
"Okey. Is janji tak akan buat lagi" Kedua-dua tangannya diangkat menandakan dia berjanji. Serentak mereka ketawa.
Kereta mereka telah keluar dari kawasan Retoran Seri Melayu. Di hujung tempat letak kereta itu, ada sepasang mata yang telah menyaksikan segala kejadian yang berlaku. Ada marah, ada geram dan ada dendam yang sedang marak di dalam hati si pemerhati.
Posted at 03:00 pm by Kenangan
Permalink
Jun 11, 2007
Dewi
Dewi aku mohon beri kesempatan, tuk bisa menebus dosaku kepadamu, Maafkanlah aku yang menyakitimu, Aku tidak pernah menyangka bisa begini, Oh Dewi..Dengarkanlah……
Dewi..Kaulah hidupku, Aku cinta padamu sampai mati, Dewi.. Belah lah dadaku, Agar kau tahu, Agar kau mengerti…Ooo..Ooo….
Semua terjadi begitu saja,tak ada serius antara dia dan aku, Tidak cinta dan tak ada hati, Hanya karena aku lelaki dan dia wanita, Oh Dewi..Dengarkanlah…
Dewi..Kaulah hidupku, Aku cinta padamu sampai mati, Oh,Dewi..Belah lah dadaku, Agar kau tahu, Agar kau mengerti…Ooo..Ooo…..
Oh Dewi..Dengarkanlah….., Dewi..Kaulah hidupku, Aku cinta padamu sampai mati, Oh,Dewi.. Belah lah dadaku Agar kau tahu, Agar kau mengerti…Ooo..Ooo..
Dewi..Kaulah hidupku, Aku cinta padamu sampai mati, Oh,Dewi.. Belah lah dadaku Agar kau tahu, Agar kau mengerti…Ooo..Ooo..
Aku cinta padamu sampai mati, Oh,Dewi.. Belah lah dadaku Agar kau tahu, Agar kau mengerti…Ooo..Ooo..
Terlalu Cinta
Jangan dekat atau jangan datang kepadaku lagi Aku semakin tersiksa karena tak memilikimu Kucoba jalani hari dengan pengganti dirimu Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya Namun apalah daya ini Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…
Tapi hatiku selalu berpihak lagi padamu
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya Namun apalah daya ini Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia
Mengapa semua ini terjadi kepadaku
Tuhan maafkan diri ini Yang tak pernah bisa menjauh dari angan tentangnya Namun apalah daya ini Bila ternyata sesungguhnya aku terlalu cinta dia…
Aku terlalu cinta dia…
p/s : assalammualaikum semua...hai...dah hampir 3 bulan nina menyepikan. Rindu dekat semua. Nina nak ucapkan terima kasih pada semua yang sudi 'memeriahkan' teratak kenangan terindah ni sepanjang nina bercuti, terima kasih juga untuk kata-kata anda semua.
Nina nak minta maaf juga sebab banyak message-message yang d'tinggalkan dekat tagboard sebelah ni, nina tak sempat nak jawab. Insyaallah kalau nina ada masa , nina akan jawab...
Sekarang ni Nina tengah sibuk 'kemas kinikan' n3-n3 yang Nina dah buat untuk di 'persembahkan' pada semua. Hmmm...pening rasanya. Susah jugak rasanya nak jadi seorang penulis. Nina kagum dengan bakat dan idea mereka semua..
Insyaallah dalam masa terdekat ni, Nina akan post kan n3 pertama selepas nina bercuti panjang. Harap anda semua berpuas hati. Sementara tu sudi-sudilah dengar lagu dari kumpulan dewa, dan juga rossa ni.
Nina suka sangat dengan lagu-lagu ni, lirik-lirik lagu ni...hmmm... rasa macam kena je dengan 'perjalanan' hidup Najiha Umaira & Hazriq Aliff..
Okeylah...sekali lagi terima kasih pada semua kerana masih sudi memberikan sokongan untuk Nina melakarkan kisah hidup insan yang bernama Najiha Umaira di sini.
Wassalam.... ^o ^
Posted at 04:05 pm by Kenangan
Permalink
Mar 22, 2007
"Morning Cik Jiha" sapa Aina, sebaik saja terpandang kelibat Najiha di pintu masuk ofis.
"Morning Aina" senyuman dihadiahkan buat Aina. Briefcase diletakkan di atas meja Aina.
"Dua hari saya tak datang, ada sapa-sapa yang mencari?" tanya Najiha sambil membetulkan tudungnya.
"Hari Isnin tu, Encik Taufik dari Bank Bumiputra call, berkenaan dengan overdraft, mungkin dia akan call Cik Jiha hari ni, yang lain tak ada apa-apa, cuma Encik Hakim yang sibuk mencari Cik Jiha."
"Apa hal Hakim cari I?" Nak pakai duit urgent ke? tanya Najiha.
"Entahlah, saya tengok dia dah macam kucing hilang anak, tak senang duduk. Asyik lalu lalang depan bilik Cik Jiha je, saya rasa sekejap lagi muncullah dia tu" Aina ketawa.
"Ada-ada ajelah you ni Aina. Okeylah kalau tak ada apa-apa lagi I masuk dululah" Briefcase diangkat dan terus berlalu ke pintu biliknya.
"Eh! Cik Jiha, sorry saya terlupa, semalam ada sorang lelaki handsome datang sini nak jumpa Cik Jiha."
Terangkat kening Najiha "Lelaki? Siapa?"
Aina mengeluarkan sesuatu dari laci mejanya. "Dia tinggalkan card ni untuk Cik Jiha"
"Iskandar Helmi, Senior Arkitek Executive, Maju Arkitek Berhad.?" Najiha membaca nama yang tertera di atas card tersebut. Terkebil-kebil mata Najiha. Air liur ditelan. Pahit.
"Ya! Encik Iskandar...Boleh tahan handsomenya Cik Jiha. Si Nora penyambut tetamu kat depan tu siap main mata lagi" ujar Aina tanpa menyedari reaksi Najiha yang agak terkejut.
Najiha tersenyum kelat. Sampai ke ofis dia cari aku. Kes berat ni. "Tak apalah Aina nanti I call dia. Thanks" Najiha terus berlalu masuk ke biliknya.
"Aina, Boss kat dalam dah sampai ke?" tanya Hakim.
"En. Hakim...saya ingatkan siapa tadi? Cik Jiha baru je sampai, entah-entah tak sempat duduk lagi tu." Aina tersenyum. "Kenapa cari dia pagi-pagi ni? Dah tak tahan tanggung rindu ke?" Aina angkat kening. Hakim hanya tersengih.
"I masuk sekejap boleh tak?" Hakim kenyit mata.
"Sekejap aje tau, you tak boleh kacau dia lama-lama, dia tengah busy tu" balas Aina.
"Hai sayang, sihat dah?" Hakim terus melabuhkan punggung dikerusi berhadapan Najiha.
"Waalaikumsalam" balas Najiha sambil tersenyum.
Hakim menggeleng "Assalammualaikum, sorry ya, terover excited pulak I"
"You nak apa dengan I ni? Pagi-pagi lagi dah datang menghadap muka I? Nak guna duit ke?" tanya Najiha. Surat-surat di atas meja disemak satu persatu.
"I rindu dengan you lah Jiha, empat hari I tak tengok muka you tau. Sarat dah dada I ni dengan rindu, jari you dah okey ke?" anak mata dialihkan ke jari kiri Najiha.
Banyaklah kau punya rindu, Hakim. Aku tengah pening-pening lalat ni kau nak buat lawak antarabangsa pulak kat sini.
"Terima kasihlah sebab sudi rindukan I ni." Najiha tersenyum, "dan jari I ni, kalau tak okey lagi tak adalah I kat depan mata you ni sekarang"
Hakim tersenyum, terlerai rasa rindu yang terkumpul dalam dadanya tatkala terpandangkan senyuman manis Najiha "Sayang, jom kita breakfast nak?"
Hai sayang sorang lagi, yang di sana panggil aku sayang, yang disini pun panggil sayang, hmmm silap-silap haribulan aku yang melayang.
"Busylah Kim. You nampak tak atas meja I ni macam mana? Nak letak tangan pun tak boleh. Tengok, I nak pandang muka you pun susah" Najiha angkat kening. Fail yang bersusun atas mejanya di alihkan sedikit ke bawah.
"You dah breakfast ke? Kalau belum I tolong 'ta pau' kan untuk you." Matanya masih lagi merenung tajam pada seraut wajah Najiha.
"Dah..dekat rumah tadi, makan roti bakar je" Najiha masih lagi leka dengan surat-surat yang dibukanya tadi.
"I belikan you nasi lemak, nak tak?" tanya Hakim.
"I tak nak lah Kim, kerja I tengah banyak ni, macam mana nak makan, tak apa you jangan susah-susah, I dah kenyang ni, you pergilah ajak sapa-sapa kat luar tu." balas Najiha selamba.
"Tak apalah kalau macam tu, I pun malaslah nak turun. Dah hilang mood I." lirih bunyi suara Hakim. Pandangan dihalakan keluar tingkap.
"Eh! Janganlah macam tu, nanti perut you masuk angin, kena gastrik nanti susah pulak" Najiha memandang tepat ke muka Hakim. Kesian dengan lelaki dihadapannya itu, tidak pernah kenal erti jemu melayan kerenahnya.
"Tak apa. I tunggu lunch teruslah. Kita keluar sama lunch ni ya, sayang..please..."
"Okey, tapi I tak janji ya, kalau tiba-tiba ada hal you jangan nak marah I pulak"
"No hal, janji you setuju lunch dengan I. I keluar dululah" Hakim terus bangun menuju ke arah pintu.
"Hakim, thanks.." Najiha hadiahkan senyuman pada Hakim.
"No hal, sayang" Hakim kenyit mata pada Najiha. Najiha menjegilkan mata.
***************
"Cik Jiha, Encik Iskandar Helmi nak jumpa you. Boleh I suruh dia masuk?" Suara Aina kedengaran di interkom meminta kebenaran. Rasa berpinar mata Najiha mendengar pertanyaan dari Aina. Kepala disandarkan pada kerusi.
Masalah apa pulak kali ni. Kepalanya dah cukup sarat dengan pelbagai masalah sejak kebelakangan ni. Rasa tak tertanggung untuk dia menghadapinya.
"Bagi I 5 minit. I nak kemaskan meja I ni, lepas tu you suruh dia masuk ya" pantas Najiha menyusun kertas-kertas yang berselerakan di atas mejanya. Fail-fail yang terletak di atas lantai biliknya dialihkan ke kabinet belakang mejanya.
Tok!Tok!Tok! Mata dikerling sekilas ke arah jam tangannya. 12.15 tengahari. Nafas dihela perlahan cuba meredakan dengupan jantungnya yang tengah berlari laju.
"Masuk!" Suaranya sedikit bergetar. Pintu bilik ditolak dari luar. Matanya menyaksikan seorang lelaki yang segak. Berseluar slack hitam, kemeja biru laut
dan dipadankan dengan tali leher hitam sedang berjalan ke arahnya sambil menghadiahkan sebuah senyuman yang cukup membuatkan hati dan jantung Najiha bergetar hebat.
"Assalammualaikum, Maira? Tangan dihulurkan ke arah gadis yang cukup dirinduinya sekian lama. Rasa ingin dipeluknya gadis itu biar terlerai rasa rindunya, namun akal dan fikirannya melarang dia berbuat demikian. Maira bukanlah seperti Salina, tunangannya yang mudah merelakan dirinya dipegang dan disentuh sesuka hati oleh lelaki.
"Waalaikumsalam, Is?" Huluran tangan Iskandar disambut dengan rasa getar. Bibir diketap kuat cuba menahan gelora rindu yang masih bersisa untuk lelaki dihadapannya itu. Senyuman dihadiahkan untuk menutup debar dihatinya.
"Jemput duduk. You nak minum? Sejuk ke panas?" tanya Najiha.
"No. thanks." kerusi di tarik lalu punggung dilabuhkan perlahan. Matanya liar memerhatikan sekeliling bilik. Ringkas dan ceria.
Dikesempatan itu, Najiha curi-curi merenung Iskadar. Sama macam yang dulu, tak berubah langsung muka dia, cuma yang mungkin berubah ialah kacamata yang dipakainya.
"Maira, apa khabar?" pertanyaan itu menyedarkan Najiha. Iskandar memandang tepat ke wajahnya. Mungkin dia dapat mengesan renungan Najiha tadi. Najiha tertunduk.
"Alhamdullilah, sihat. Is macam mana? balas Najiha.
"Sama macam yang Maira nampak ni, sihat."
Suasana sunyi menyelubungi bilik itu. Masing-masing kelu untuk berkata-kata. Iskandar masih memusatkan pandangan pada wajah ayu Najiha. Makin cantik, makin bertambah matang.
"Kalau Maira tak busy, Is nak ajak Maira lunch. Lama tak keluar berdua dengan Maira. Is rindu...."
Erk! Rindu? Is...Maira pun rindu. Rindu sangat-sangat dengan Is. Rindu dengan kenangan kita berdua, rindu dengan usikan Is, rindu dengan senyuman Is, rindu dengan semua-semuanya Is. kata-kata itu tak berjaya dilafazkan.Najiha tunduk, tak sanggup rasanya berterus-terusan merenung wajah di hadapannya itu. Pedih rasa hatinya.
"Maira? Kenapa ni? Kalau busy tak apalah. Salah Is jugak datang, tak buat appointment dulu." Iskandar senyum terpaksa.
Najiha jeling jam ditangan. 12.45 tengahari. Memang masa untuk lunch. Hakim?? Aduhai..problem besar ni, sure merajuk giler. Macam mana ni ya.
"Is tunggu sekejap, Maira nak call kawan" Najiha capai handphone atas meja, lalu bangun menuju ke tingkap. Iskandar hanya memerhati.
Najha menghela nafas yang panjang. Satu, dua, tiga "Hai sayang, you dah ready ke, tunggu sekejap boleh tak? I ada benda nak kena settle kan?" Kedengaran ceria suara Hakim menjawap panggilannya.
"Hakim...sorry, I tak boleh lunch dengan you hari ni, ada hal sikit. I nak keluar ni." terang Najiha.
"Kenapa? Ada apa-apa berlaku ke?" tanya Hakim cemas.
"Eh! Tak. Semua okey, cuma I ada hal, last minutes appointment" Najiha pandang ke arah Iskandar.
"Dengan siapa? Client kita ke?" tanya Hakim lagi.
"Tak? Tapi I janji, lepas ni I belanja you ya. Sorry okey. Next time."
"Hmm...Okeylah. Take care" Talian talifon terus dimatikan. Najiha tahu, walaupun Hakim tidak menghamburkan kemarahan padanya, tapi serba sedikit hatinya pasti terasa dengan tindakan Najiha. Hakim...sorry..
** Assalammualaikum wbt untuk semua pengunjung-pengunjung e-novel Kenangan Terindah. Ini mungkin n3 terakhir dari Nina. Nina nak berehat panjang mungkin seminggu, dua minggu atau mungkin juga dua tiga bulan. Nina mohon ampun dan maaf dari anda semua, mungkin berita ini agak mengecewakan anda. Nina hargai sokongan anda semua selama ini.
** Semua watak2 yang Nina cuba lakarkan ini adalah rekaan Nina semata-mata, tiada kena mengena dengan sesiapa pun mahupun diri Nina sendiri. Jalan cerita dan dialog-dialog yang cuba Nina lakarkan ini adalah terlahir dari idea spontan yang dikurniakanNYA. Seandainya ada yang terasa hati dengan dialog-dialog yang Nina lakarkan ini, Nina mohon ampun dan maaf.
** Walaupun tiada n3 selepas ini, Insyaallah segala message-message yang anda semua tinggalkan di tagboard mahupun comment akan cuba Nina balas.
** Doa-doakan agar Nina kembali melakarkan sambungan Kenangan Terindah Najiha Umaira bersama-sama insan tersayang beliau. Wassalam...
Posted at 01:14 pm by Kenangan
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|