~18 September 2006~


Blog images

MySpace Layouts



Name :
Web URL :
Message :
:) :( :D :p :(( :)) :x




   

<< November 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed

Nov 30, 2006
Kenangan Terindah - 17

Najiha terus menapak ke arah tangga. Satu satu anak tangga didakinya. Bilik papa & mamanya sudah gelap. Jam di dinding sempat di jeling. 10.30 malam. Denyutan di kepalanya semakin kuat.

 

Sebaik sahaja Najiha menghempaskan badan ke tilamnya, telefon bimbitnya berbunyi. Argggghh!!! Siapa lagi ni...malasnya aku... Skrin telefon direnung lama, Hakim....

 

Telefon dibiarkan berbunyi hingga berhenti, malas dia hendak menjawab. Tangannya memicit-micit kepala yang sedang berdenyut. Mata dirasakan berpinar-pinar. Terasa tengkuknya ditarik-tarik.

 

Sah! Sah! Mesti migrain ni. Dah agak, mesti akan migrain, banyak sangat masalah yang aku tanggung, tak cukup dengan kemunculan semula Iskandar, kepulangan Aliff juga adalah salah satu penyumbang penyakit aku ni.

 

Telefon disebelahnya berbunyi sekali lagi. Skrin direnung, orang yang sama.

 

Ni pun salah satu sebab gak, kenapa kepala aku ni sakit. Kalau dah orang tak angkat tu maknanya orang tak nak jawablah...Aduh!!! Tulah lain kali mulut tu celupar sangat, macam banyak sangat insuran. Padan dengan muka!!! Malas dah aku nak layan, biar dia rasa.

 

Najiha mencapai telefon yang telah berhenti bunyinya. Dia menekan butang, mencari tanda missed call. 15 missed call. Mak aii!!! Buat menghabiskan bateri aku je mamat ni..tahu pun gelabah!!!

 

Baru sahaja dia hendak meletakkan telefonnya kembali di atas meja, telefon itu bebunyi lagi, bunyi sms masuk. Dari Hakim. 

 

Apa lagi lah dia ni, orang tak layan call dia sms, memang tak tahu putus asa betullah dia ni..

 

Jiha...Please...maafkan I, I tau I salah, terover ckp dgn u mlm ni. Nape u sensetive sgt mlm ni? U ada prob ke? X nk share ngan I?

 

Bait-bait ayat sms Hakim dibaca. Dia tahu Hakim amat mengambil berat pasal dirinya. Memang selalu dia akan berkongsi cerita dengan Hakim, tapi untuk cerita yang satu ini, dia rasakan Hakim tidak perlu tahu.

 

Najiha terus membalas sms Hakim..

 

x ada apa yg perlu dimaafkan, mmg betul I terlebih sensetive kot mlm ni. Tq sbb amik berat pasal diri I. I x de apa2 prob, cuma I x berape sihat.

 

Trit!Trit!Trit! Skrin telefon dijeling, Hakim. Kalau aku tak jawab ni, mesti takkan habis cerita ni sampai ke subuh.

 

"Hello..." Kepala disandarkan di kepala katil.

 

"Jiha...sorry sayang, I tak ada niat pun nak buat you terasa"

 

"Ok!"

 

"You ok ke ni?"

 

"Ok! Cuma migrain je kot, kepala tak berapa stabil, berdenyut-denyut"

 

"Ubat dah makan?"

 

"Kejap lagi I makan, I baru lepas makan nasi ni"


"Pukul 11 baru nak makan? You kan ada gastrik Jiha, kenapa lambat sangat makan?" Dah start balik ceramah dia. Aduh!! Malasnya aku nak dengar.

 

"I balik lambat tadi. Kerja I banyak Hakim. You tahu kan, dah nak dekat year end ni, semua report nak kena siapkan." Najiha mengeluh. Denyutan di kepala semakin kuat.  

 

"Kerja, kerja juga tapi kesihatan kenalah jaga. Kesihatan tu penting Jiha, kalau you banyak duit tapi kesihatan tak baik pun tak ada gunanya"

 

"Ialah, ialah I tahu lah..I makan ubat sekarang" Najiha mengeluh lagi. Penatnya aku dengar ceramah dia ni..

 

"Lepas makan ubat, terus tidur, jangan berjaga sampai ke pagi. I bukan tak tahu you tu, mesti ada bawa balik homework kan?"

 

"Tak, tak I tak buat apa dah, I janji terus tidur je" kelopak mata ditutup.

 

"You jangan pandai berjanji, tapi tak buat"

 

"Ia Hakim...I janji, I buat. Ok ya! I dah tak tahan sangat ni" Najiha merayu.

 

"You nak pergi klinik ke? Kalau you nak pergi, I boleh hantarkan" Ya! Allah tak habis lagi merapu dia ni.

 

"Encik Danial Hakim....I oklah, migrain je, bukan nak mati pun lagi" Najiha mendengus.

 

"Jiha..jangan cakap macam tu"

 

"Habis yang you merapu-rapu ni kenapa? I ok lagi lah, belum pun nazak"

 

"I sayang you, Jiha..."

 

"I tahu Hakim....I tahu you sayang dekat I, you ambil berat pasal I, terima kasih atas apa yang telah you lakukan pada I, I hargai semua jasa-jasa you tu"

 

Hakim diam. Talian senyap. Badan Najiha berpeluh-peluh, kepala makin kuat berdenyut, Oh! No..

 

Telefon ditangan dilepaskan, dia terus berlari ke arah bilik air. Semua nasi yang dimakan tadi, muntah semula...uwek! uwek! Ya! Allah..sakitnya...

 

Perut ditekan, tengkuk diusap perlahan. Habis berkumur-kumur, Najiha memandang cermin di singki biliknya. Ya! Allah pucatnya muka aku...Perlahan-lahan dia keluar semula ke biliknya. Minyak angin di atas meja dicapai. Badan terus direbahkan ke katil. Mata dipejamkan seketika. Nafas dihembus perlahan.

 

Telefon dicapai semula.

 

"Hello, sori..." Hampir tidak keluar suara Najiha.


"Jiha...you ok ke?" Hakim terjerit di talian. Dia dapat mendengar dengan jelas, apa yang terlaku ke atas Najiha tadi. Makin bertambah risau hatinya.

 

"I ok. Hakim...I nak rest, I nak makan ubat" Lemah suara Najiha.

 

"Ok. Ok. You makan ubat, lepas tu terus tidur ya!!" Najiha mengangguk.

 

"Jiha...dengar tak?"

 

"I dengar Hakim"

 

"Ok...take care, I sayang you, Assalammualaikum"

 

"Waalaikumsalam". Kelopak mata terus dipejam. Selimut ditarik hingga ke paras dada.

 

Tidurlah mata, semoga segala masalah yang membelenggu diri ini akan terhapus apabila mata ini terbuka esok...insyaallah...

 

** Salam untuk semua. Nina minta maaf sebab tak dapat post n3 untuk hari isnin. Nina bercuti hari isnin dan selasa. Hari rabu start kerja bz giler. So untuk minggu ni hanya satu n3 je....Maaf ya!!! Insyaallah lepas ni Nina akan post n3 seperti biasa (Isnin & Khamis). Terima Kasih pada semua...


Posted at 08:26 am by Kenangan

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry

Cursors - Get this Cursor